05 May, 2017

membebel




Assalamualaikum w.b.t

so hai ya nabiha kembali nak membebel lagi harini cam biasa. dan cam biasa gak aku ni lepas dah baca satu buku tu ada lah idea dia nak menulis. benci gila buku buku genre macam ni ayat dorg yang sahaja gila tu buat aku jadi nak tiru cara dorang menulis. cara okay bukan idea dorg. so buku apa yang aku baca biarlah rahsia.

nak dijadikan cite aku ni kalau dah baca something yang 'berilmu' ni jadi rasa mcm nak kongsi. dia jadi macam ada topik ko nak nyembang. tapi aku ni siapajelah yang ada nak dengor aku nyembang bende yang entah, remeh (?) so blog ni jelah tempat aku mengadu.

sebenarnya kan masa aku baca buku 'tu' buku dimana dia terbitkan guna info info dari blog dia juga. means dia ni blogger yang dikenali ramai la. aku jadi macam... hm teringin gak nak rasa jadi blogger dikenali ni lol walaupun amende yang aku nyembang dalam ni macam tak penting. tapi yelah zaman sekarang mana ada lagi dah orang asyik bukak blog orang lain nak amik tahu perkembangan seseorang tu kalau twitter, fb, whatsapp dan macam macam lagi lah socmed yang boleh korang berhubung sendiri. dulu kan aku anggap blog ni tempat kau update hari hari apa yang jadi. kira macam journal harian la. tapi aku pun update bukannya harian sbb hari hari aku macam takde cerita yang boleh dikongsi.

bila aku blog aku en pastu nampak ada request komen masuk en ko tau tak dia macam happy gila ada orang respon post kau dengan komen yang some membina some macam nak kongsi cerita macam-macam lah, tapi serious aku macam happy gila dapat komen dari sesiapa jelah lol, sebab rasa diri ini masih ada lagi yang nak berkawan melalui blog. aku tak harapkan apa pun cuma tulah rasa cam best bila ko sembang sensorg kat blog rupanya ada yang membaca dan respon laik sebenarnya aku ni takdelah syok sendiri. tapi ada je kan yang baca tapi malas nak komen issokay aku still happy ada jugak yang sudi melawat walaupun dia cuma baca perenggan pertama sebab dah bosan.

still ada yang tengah baca ke ayat ni? hahaha terima kasih lah ye engkorang sebab sudi baca aku punya bebelan kalini. adios.

No comments:

Post a Comment