05 February, 2016

Peminat dan Pembenci

Assalamualikum w.b.t

Hal ni tkdelah baru mana sampai aku baru nak buka topik ni tapi kenkadang nyampah gak ah sbb still tak habis lagi dgn bende mcm ni. Pasal plastik aku nak ckp ni bukan sebarangan plastik. Sbb ni pasal plastik manusia. Hahahahaha ni kira untuk peminat kpop. Sebab mostly bende ni jadi kat depa ja.Takleh nafi aku pun salah sorg dri panggilan tu tapi ni aku nk ckp sikit kt manusia manusia yg jenis panas buntut bila certain manusia kutuk idol depa. Lelagi pasal plastic surgery. Tak aku tak faham yg kau nak membebel panjang nak defend dorg pe sangat pe jadah hang dapat apa. Keluaq sat loghat aku dah. Aku kenkadang baca jadi annoyed gila dgn sesetengah yg defend habis habisan tu mcm dah tinggal sebumbung dgn idol dorg tu. Bende betul engko nak nafi ni sama mcm nak tegakkan benang yg basah. Biak pi lah wei org nak ckp apa. Selagi hal tu tak kacau hangpa punya perjalanan hidup selagi tu hang diam. Bende takleh nak buat apa. Bende betui. Ye ada je idol yg muka semula jadi tapi yg duk kutuk tu tak tau pun sbb mmg majoriti rakyat sana buat bende tu. Hang duk kalut nafi hang pikir depa nak tau ka. Suka hati lah dorg nak pikir apa pun. Panas buntut sangat pasaipa.

Hah yang satu lagi untuk sesetengah manusia yg duk tk puas hati dgn yg minat org luaq negara ni. Hang duk kata "apsal nak minat org kafir ni" "eee dorg makan babi kot" "dah lah plastik" aku nak tanya yg buat semua islam ka? Depa minat org org mcm tu kacau hang nak hidup ka? Yalah dosa minat sampai lupa agama sendiri. Tapi hang tu nak kutuk apa yg depa buat mcm hang pun dah lupa ajaran agama sendiri. Ada ke islam suruh kita merendahkan agama lain? Hangpa concern dgn bangsa dan agama sendiri dulu yg entah islam lagi ke dak tu. Hangpa concern dgn artis seagama dulu yg perangai tak serupa islam ke entah tu. Yg korg nak kecoh pasal org bukan islam buat bende mcm tu buat apa. Sekurangnya depa mmg bukan islam,  agama depa tak kata bende tu haram. Tapi hang duk kalut nak kutuk sana sini. Sibuk hal hal org mcm kacau hangpa nak tidoq aih. Seronok ke wei jatuhkan org ni? Seronok ke cari gaduh dgn org ni? Seronok ke buat org berdosa sbb hang? org yg hati busuk je perangai mcm ni. Islam lagi ke bila hati dah busuk mcm ni?