04 July, 2015

Aku Manusia

There is one day when i can't control my own emotion. When i can't let myself calm. When i let people hurt by my words. I'm human.

Dah 17 tapi aku masih ada masalah dengan perasaan sendiri. Masih ada masalah nak ada perasaan dengki. Tapi apa yang aku rasa ada betulnya org perlu tahu. Kenapa libatkan aku kalau mereka hanya mahu gunakan aku. Kenapa masukkan aku kalau mereka tak perlukan aku. Kenapa aku perlu jadi mangsa kekejaman hati ini. Aku manusia.

Penat dengan segala perasaan yang perlu aku tanggung. Penat dengan segala lakonan yang aku lakukan. Penat dengan segala emosi yang aku rahsiakan. Kenapa aku yang perlu rasa yang perlu hadap yang perlu lalui. Aku manusia.

Bukan tak bersyukur dengan apa yang Allah beri. Bukan tak percaya dengan takdir yang Allah tentukan. Bukan tak nak terima dugaan yang Allah turunkan. Dan bukanlah aku bersangka buruk dengan perancangan Allah. Tapi aku manusia.


masih baru dalam penulisan puisi ni huhu

1 comment: