09 July, 2015

Ribuan Terima Kasih

Assalamualaikum w.b.t

hello readers. as you can seeeeeee dah berbulan blog ni tak bertukar wajah but now finally !!!!!!!! ada pun masa nak buat semua bende ni. hahahaha sebab harini tak tusyen so curi jap masa study untuk bende ni since lepas ni dah takde masa nak bukak blog kt laptop dah. kalau nak godek pun bukak guna phone je ha ko tengok betapa sadisya calon spm ni struggle hahahaha. alah tapi tahun ni je kan nak merana nya pun. masa depan kot.

eh lupa pulak dekat tujuan asal. btw nak ucapkan terima kasih dekat dua blog ni yang memang penuh dengan tutorial yang aku perlukan untuk menukar blog ni jadi baru balik kuikuikui so here bagi new bloggers yang masih nak berjinak nak edit blog bagi lawo lawo boleh visit this two blogs yang memang kebabom gila sampai aku mmg jeles ah tgk blog dorg

http://wanaseoby.com
 http://hafizzulkafly.blogspot.com/

and terima kasih again sebab sediakan segala gala tutorial yang tersangatlah berguna for bloggers (y)

04 July, 2015

Aku Manusia

There is one day when i can't control my own emotion. When i can't let myself calm. When i let people hurt by my words. I'm human.

Dah 17 tapi aku masih ada masalah dengan perasaan sendiri. Masih ada masalah nak ada perasaan dengki. Tapi apa yang aku rasa ada betulnya org perlu tahu. Kenapa libatkan aku kalau mereka hanya mahu gunakan aku. Kenapa masukkan aku kalau mereka tak perlukan aku. Kenapa aku perlu jadi mangsa kekejaman hati ini. Aku manusia.

Penat dengan segala perasaan yang perlu aku tanggung. Penat dengan segala lakonan yang aku lakukan. Penat dengan segala emosi yang aku rahsiakan. Kenapa aku yang perlu rasa yang perlu hadap yang perlu lalui. Aku manusia.

Bukan tak bersyukur dengan apa yang Allah beri. Bukan tak percaya dengan takdir yang Allah tentukan. Bukan tak nak terima dugaan yang Allah turunkan. Dan bukanlah aku bersangka buruk dengan perancangan Allah. Tapi aku manusia.


masih baru dalam penulisan puisi ni huhu

02 July, 2015

TIGA




sekadar gambar hiasan

Suasana pagi isnin di dalam kelas 5 Harum tidak seperti kebiasaannya. masing masing memandang sesama sendiri sambil menjeling ke arah tiga orang itu. kedengan suara mereka berbisik-bisik sesama sendiri. "weh dorang apahal doh, baru pukul 7 dah terpacak kat sini selalunya pukul 9 baru nampak batang hidung" "aku rasakan ada benda yang tak kena ah" "meremang wey bulu roma aku sampai sampai tadi dorang ni dah ada". Dan mereka terus membuat spekulasi sendiri. apalah orang nak berubah pun pelik ek. mereka bertiga masih duduk di tempat masing masing tanpa bercakap sepatah pun dan mempedulikan rakan sekelas mereka yang sejak daripada tadi merenung ke arah mereka betiga. 

"Eheemmm!" kedengaran suara Pn Ramonah berdehem membuat kan seluruh 5 Harum kelam kabut duduk di tempat masing masing. memang biasa sangat dengar dehem Pn Ramonah ni bila nak masuk kelas, bukannya nak bagi salam heh. Selepas satu kelas mengucap selamat mereka di suruh duduk, tiba-tiba mata Pn Ramona guru sejarah itu tertancap ke arah tiga orang pelajar itu. "hai, takde angin takde ribut dah terpacak dah kat sekolah kamu bertiga ini?" mendengarkan soalan guru itu seleuruh kelas memandang ke arah mereka nak juga lah dengar apa yang bakal mereka jawab kot kot tetiba jadi drama ke apa nanti, bukan senang nak tengok drama free depan mata ni.  melihatkan kebisuan tiga orang pelajar itu dan seluruh kelas mula menjadi kekok, Pn Ramonah memulakan sesi PnP pada hari itu. 

"aku dah kata ni beb ada benda tak kena, kau tengok tiga orang tu elok masih celik mata dalam kelas sejarah ni, kalau dulu dah lama terbongkang" "eh kau ni belajar jelah busybody betul" terdiam fahmi yang daripada tadi tak senang duduk melihatkan perangai 'pelik' mereka bertiga itu. kelas-kelas yang seterusnya berjalan seperti biasa dan semestinya kecoh satu bilik guru apabila Pn Ramonah membuka cerita tentang mereka bertiga, mana taknya pelajar paling bermasalah di dalam sekolah berkelakuan 'sopan' harini.

pelajar pelajar lain di sekolah itu juga memberi reaksi yang sama pada waktu rehat tadi melihatkan tiga orang pelajar itu tidak membuat kecoh mahupun 'drama' yang sering terjadi di kantin sekolah itu. kalau tak dulu pasti ada sahaja yang mereka bertiga tidak puas hati dengan mana- mana pelajar. kononnya nak berlagak taiko lah tu depan semua orang, sampaikan dengan guru disiplin pun mereka berani melawan memanglah jenis tak makan saman. tapi harini bagaikan ada magis yang meracuni tiga orang pelajar itu membuatkan satu sekolah bercakap tentang mereka.

selesainya waktu rehat semua pelajar masuk ke kelas masing-masing seperti biasa. selalunya tiga orang tu akan lesap lepas rehat, tapi tak tahulah kalau harini diorang tetap nak berkelakuan pelik pulak kan. kelihatan Arfan merangkap ketua pengawas yang sedang berjalan laju menuju ke kelas 5 Harum dengan keadaan yang tergesa gesa 'aku kena jumpa dengan En, Ram ni' bisik hatinya. memandangkan En Ram yang merupakan guru disiplin di sekolah itu sedang mengajar di kelas 5 Harum. setibanya dia di kelas itu dia terlihat tiga orang pelajar itu sedang memandang ke arahnya dengan senyuman, menggeletar kakinya sehinggakan tida dapat menampung dirinya untuk berdiri dan akhirnya jatuh terjelepok di atas lantai.  En Ram yang sedang mengajar itu terganggu melihat keadaan Arfan yang seperti ternampak hantu itu "kamu kenapa Arfan?!" 

Arfan masih terdiam meliaht mereka bertiga yang masih tersenyum ke arahnya sambil berjalan hendak keluar dari kelas itu, mata Arfan mengekori langkah mereka dengan nafas yang sesak di dada. "Arfan?!!" tersentak dirinya apabila diherdik sebegitu. lantas dia terpandang ke arah En Ram yang sudah membengis memandangnya. "cikgu..." "kenapa?!" "mereka bertiga tu..." belum sempat Arfan menghabiskan ayatnya guru itu sudah mencelah "apa taiko tiga ekor tu ? macam biasa lah diorang dah blah awal awal lepas rehat tadi, kan kelas" kelas 5 Harum hanya mengangguk mempersetujui kata kata guru mereka itu.

'Astargfirullahalazim.....' mengucap panjang hati Arfan mendengar khabar itu. "jadi, cikgu pun tak tahu apa apa lagi lah?" semua mata tertumpu ke arahnya. soalan Arfan membuatkan semua tertanya-tanya. "apa dia yang saya tak tahu" "em.. tadi..." Arfan jadi gugup hendak memberitahu mereka semua apa sebenarnya yang terjadi "tadi apa?!" En Ram sudah tak menahan sabarnya melihatkan perangai Arfan yang berteka teki dengan dirinya "tadi tukan kebun terjumpa mayat tiga orang itu dekat stor belakang sekolah dan dipercayai mereka dibunuh jumaat lalu" dengan sekali nafas Arfan meluahkannya "dan pihak polis dalam perjalanan ke sini dan guru besar minta cikgu datang berjumpa dengannya sekarang". Serta merta En. Ram hilang daripada pandangan mereka.






maaf dah lama tak berkarya. ini cuma oneshot yang sangat ringkas dan pendek dan ending dia pun maaf kalau tak puas hati. sebenarnya nak buat sambungan tapi nak ikut majoriti yg membaca dulu. sila tinggalkan komen anda tentan cerita ini dan pendapat anda patut tak saya menyambung? hehe terima kasih membaca :)x