04 June, 2015

Drama

Assalamualaikun w.b.t

Hewlowwww ahahaha sekarang gua dah install blogger application ni dalam phone so lagi senang ah aku nak update blog bila bila je aku rasa nak update. So sekarang sambil baring atas katil aku menaip ni hohohoo.

Actually niat nak mengupdate ni sebab aku malas nk tweet pepanjang dah nanti gaya nya mcm pro lah hek. Kang tak memasal ada yang nak gaduh dgn aku. So ada better nya aku tulis kat blog je apa yang aku nak luahkan dan beri pendapat. Drama. Yes lately sejak wujudnya drama adaptasi novel Hati Perempuan ni dah makin ramai jadi anti dgn drama kt tv3 ni. Sbb watak yuhanis yg derhaka gila dibuatnya dgn lakonan yuhanis yg mmg menyakitkan hati bila dia jeling laki dia. Tak dapat lah aku nak nafikan yg aku pun menyampah gila sbb bila baca dalam novel tak de pulak nak bayangkan muka derhaka yunahis smpi mcm tu sekali. Yang tak tahan ni tukang kritik kat facebook dgn twitter ni ha. Poyo macam dah ada pengalaman hidup 90 tahun. Drama kot. Namapun drama. Paling tak tahan ni ah "buat drama camni nak rosakkan melayu ke apa" yang rosak tu kau ha yang bodoh otak cetek dah tahu salah nak ikut buat apa. Sah sah dorg lakonkan watak jahat tu untuk bagi ko sedar bende tu salah mestilah ko taknak ikut. Tak semua lah otak cetek mcm kau fikirkan. Semuanya lahir dgn akal dan fikiran yang sempurna Allah bagi tahu mana baik buruknya. Nama pun drama ko bukan nya tgk realiti show.

Nak kata drama sekarang semua sama. Dah namanya adaptasi novel. Ko ckp dgn aku novel genre romance mana yang tak cliche bagi aku baca. Tak laki jahat perempuan jahat. Laki jahat curang perempuan jahat jadi derhaka. Baik baik minta maaf bahagia nak lain sikit hero heroin mati tak pun sorg mati sbb korbankan diri utk org yg dia sayang then org yg dia sayang bahagia dgn org lain yg kau baca pun kau expect bende ni jadi. Tak faham lah aku mentaliti orang sekarang. TAK SUKA TAK PAYAH TENGOK. Komen macam pengarah drama ah poyo gila. Apa guna nama drama atau novel tapi takde konflik. Ke tak pernah baca novel?

Novel terbitan fixi je buat masa ni tak se-cliche novel cintan cintun ni.