30 November, 2013

Hati

HaTi;

hanya engkau yang menemani,
tika aku kesunyian,
tika aku kesepian.

HaTi.

hanya engkau yang memahami,
tika aku menangis kesedihan,
tika aku menangis kemarahan.

kau peneman yang setia hati,
kau memahami setiap kali aku keliru
dengan perasaan sendiri--

jiwa ini kosong,
jiwa ini sepi,
tapi kau tetap disisi.

nabihajohari
131130

26 November, 2013

Dunia . aku

Assalamualaikum.

hm agak lama jugak lah tak berkongsi cerita. ahahaha aku sihat sihat je semenjak cuti ni. cuma bosan sikit sbb asyik melepak dekat rumah atas katil smbil baca buku. tak pun melepak dekat meja belajar sambil melukis. rasa macam takde kehidupan lah pulak ahaha. dua buku dalam beg tu mmg wajib ada dengan aku setiap masa. peneman bangun tidur makan minum. mandi dengan shhh je tak ahahahaha. well said. sejak kebelakangan ni aku rasa macam tak de guna dengan apa yang aku rancang. u know kata tak seindah rupa. gitulah.. apa nak jadi dengan aku pun aku tak tahulah. jiwa ni rasa kosong bosan mati. aku patut berusaha lagi untuk dekatkan diri kepada-Nya.

Astargfirullahalazim.. aku dah jauh terpesong aku dah jauh menyimpang dari lansdasan. dah banyak perkara aku abaikan. jiwa meronta minta kembali otak dah set untuk kembali. hati yang memaksa untuk stay. ya Allah bantu hambaMu yang lemah ini.

banyak aku fikir. buku ni bagi aku inspirasi untuk bukak mata tentang dunia. tentang kehidupan. bukan sahaja mata tapi hati.

"orang yang buta hati ni ada penyakit"

ada jugak terfikir nak mulakan balik menaip. mula sambung balik dua cerita yang tergadai. nak kongsi dengan masyarakat tentang dunia aku. dunia aku yang tak pernah siapa peduli. dunia aku yang tak pernah siapa ambil tahu dan dunia aku yang takde siapa boleh masuk dan fahami. cuma nak orang tahu yang aku ada dunia tersendiri. aku ada dunia yang aku cipta. untuk aku hidup dekat dalamnya. bukan dunia yang sesat. tapi dunia yang penuh dengan cerita. cerita tentang aku.

tengoklah macam mana. aku fikirkan balik. nak bangun dari mimpi untuk tengok dunia reliti ni bukan senang. perlukan jiwa yang kental dan hati yang kuat. ingat senang nak tempuhi dunia reliti. aku lebih rela tidur dan terus bermimpi dari terus berjumpa dengan reliti yang menyakitkan. realiti yang melukakan. hidup tak seindah yang kita rancang di atas sehelai kertas. tak seindah yang kita baca didalam buku. tak seindah yang kita lihat dalam kaca televisyen.

bila kau dah bersedia, bangunlah menghadapi realiti. sampai bila kau nak bermimpi. tolong sedar. hidup ni cuma sekali. #notetomyself



17 November, 2013

perancangan


Assalamualaikum *gaya sharifah amani* :) ahahahaaha yay i'm back. cuti sekolah dah bermula. lol. aku rasa mcm cuti tak cuti je hahahaha. biasalah budak pmr yg malas nk dtg sekolah lepas exam mmg muka tak malu duduk rumah je. ceh. so perancangan sepanjang cuti sebelum bermulanya hidup yang 'baru' tahun depan. apa dia ekkk? lol

mmg tak ah aku nak pikir perancangan segala bagai ni. tapi yg pasti melaksakan hobi baru tu perlu dan wajib dilakukan. kalau tak nnti aku leka jauh terpesong. berfikir. berfikir. dan terus berfikir itu yg aku buat sepanjang cuti ni. kiranya macam menyindiri lah. on twitter pun jarang. tweet pun mcm manusia mintak kena sepak ahahaha.

dan dengan berfikir ni lah banyak yang aku terfikir. cewah. terfikir untuk jadi matang ah of course. selama ni mmg tak matang pun senanya. otak cam dak dak je lebih en poyo matang je padahal tak pun sobs.

so next month result keluar. aku tanya family aku about how my result will come out
 
abah : 5A
mak : 4A
aizad : 3A 
akak : 2A

06 November, 2013

Ego


Assalamualaikum.

aha lamanya dah tak bersembang dengan korang. hm.

aku tak tahulah nak cakap selama aku hidup ni aku dah cukup belajar tntg manusia. tp aku rasa mcm nak stop je dari belajar dan jumpa macam macam lagi jenis ragam manusia. memang hidup aku ni macam dalam kegelapan. penuh dengan masalah. susah nak tgk aku senyum susah nak aku gembira dengan keikhlasan hati aku. but them. they make me smile no matter how hard they try i will always smile when with them.

selama ni aku senyap aku diam. aku cuba tahan aku cuba pendam aku cuba tak terlampau emosi. tapi kadang kadang aku tanya jugak dekat diri aku ni kenapa aku jadi macam ni? kenapa aku jadi ego? kenapa aku jadi macam orang takde perasaan? susah. susah nak puaskan hati semua orang. susah nak jadi sahabat dekat semua orang. susah nk buat orang terima siapa kita. aku cuba nak jadi kuat. aku cuba nak kentalkan hati aku. tapi aku tak boleh bila dengan orang yang aku dah anggap sebahagian dari hidup aku. aku tak boleh nk konon kuat aku tak boleh nk konon boleh kawal emosi bila diperlakukan semua ni. aku cukup untuk jadi jujur untuk jadi kawan yang terbaik tapi kenapa aku dibalas dengan perkara yang sebaliknya ?

aku tanya ! aku soal ! kenapa ?! kenapa ?! tapi. takde siapa pun cuba nak jujur. takde siapa. semua nak diam semua nak senyap. korang nak aku buat apa lagi? korang nak aku buat macam mana lagi? korang nak aku ubah apa lagi? aku tak tahu apa salah silap aku kalau korg tak tegur perangai aku. dengan buat aku macam ni takkan mengubah apa ! dengan tikam belakang. cakap belakang. dan cuba jadi pura pura depan aku takkan ada hasilnya selain dendam. benci. ini baru suku aku tunjuk siapa aku. belum sampai separuh.

aku cuba nak faham sorg sorg. aku cuba nak jadi kawan yang terbaik untuk korang. tak boleh ke bagi kerjasama? tak boleh ke kita bina persahabatan dengan usaha kita bersama? tak boleh ke? aku tak kuat korg. aku tak sekuat yg korg tgk. aku perlukan kawan yang ada bila aku bangun yang ada bila aku jatuh. yang gembira dengan kebahagiaan yang turut memahami kesedihan aku.

semua ada ego masing masing dan itu yang buat aku jadi down.