16 August, 2013

Dulu



"mana kau pergi selama ni"

"apa bende kau ni, setiap hari aku dengan kau"

"bukan, mana kau yang dulu"

Senyap.

"mana kau yang aku kenal dulu. mana?"

"maksud kau.."

"yang bising. yang tak pernah kisah pasal orang lain, yang hyper, yang selalu senyum, yang selalu cool, yang selalu ceriakan suasana, yang tak pernah menangis, yang selalu kuat mengahadapi segalanya. mana?"

"ohh, dah mati kot? haha"

"aku tak nak kau jadi macam ni, tolong aku sayang kau"

"kau sorang jelah yang sayang aku"

"tak, semua sayang kau. semua nak kau yang dulu"

"bukti?"

diam.

"heh, aku rasa mcm selesa je kot jadi macam ni, kalau aku jadi yang dulu. kau tengok lah berapa ramai dah pergi dari hidup aku, gunakan aku untuk tarik semua kawan aku, ye ye je dorg nak aku jadi mcm dulu"

"aku tak pernah pergi dari hidup kau"

"memanglah, dah kau terikat dengan aku. Kau tu kan AKU"


susah sebenarnya nak cari kawan yang betul jujur dan ikhlas dengan kita. mmg susah. tapi kalau siapa yang ada tu bersyukur lah sebab tak semua dapat apa yang korang dapat. selama ni hanya hati jelah yang faham kita yang teman kita. cuma hati.

ada satu kes dimana, ada sorang ni dia datang kat aku minta pertolongan aku. konon katanya aku ni pandailah bagi nasihat. haha. dia kata dia dah penat dengan kehidupan, dia dah penat nak tengok orang sekeliling yang tak pernah kisah pasal dia. ya dulu memanglah ada. tapi sekarang. semua pergi. dia sunyi. dia sepi. dan aku lah orang pertama yang tinggalkan dia. tapi, aku tak pernah lupa jasa dia. aku cuma lupakan pengkhianatan dia.

at first, aku macam malas nak tolong, sebab dah berulang kali dah nasihat aku ni dia mintak. aku rasa mcm bende yang sama je aku cakap kat dia. lol. tapi takpelah, aku bagilah jugak nasihat semampu aku. dia kata aku pendengar yang baik. thanks to her lah. dia kata dia menyesal apa yang dia buat kat aku. dia dah nampak mana kawan mana lawan. sayangnya hati aku dah tawar. aku cuma boleh jadi kawan nasihat dia. aku tak kisah pun yang aku ni jadi teman susah dan bukan teman senang. sekurangnya dorng ingt gak kat aku.

dulu, aku ni mmg annoying. i admit that. tpi bila satu kejadian yang jadi kat aku berulang. buat aku sedar. lebih baik aku ubah perangai aku. and yeah. aku jadi diam dan hanya bergaul dgn orang yang nak bergaul dgn aku. really. aku dah mcm orang tak berperasaan dah kot. kau nak merajuk dengan aku kau punya pasal. aku dah tak de masa nak pujuk kau. dulu ye. now no. idk why. aku sendiri rasa yang aku dah berubah. well adik aku pun cakap macam tu T_T

setelah mengkaji hati sendiri. cewah. hahaha aku dah tahu faktor dia. yeah. FAKTOR UTAMA. tapi lantaklah rasa mcm bodoh je kenapa aku berubah. actually banyak je faktor dia. aku gabungkan semua masalah aku jadi satu lepastu aku decide nk jadi yang lain. tapi aku rasa adalah certain yg aku tak ubah. hehe


"kenapa kau ni baik sangat"

"why?"

"bukan dia dah tikam kau banyak kali since tahun lepas ke?"

"aku tak suka besarkan cerita"

xoxo
bie

No comments:

Post a Comment