30 November, 2013

Hati

HaTi;

hanya engkau yang menemani,
tika aku kesunyian,
tika aku kesepian.

HaTi.

hanya engkau yang memahami,
tika aku menangis kesedihan,
tika aku menangis kemarahan.

kau peneman yang setia hati,
kau memahami setiap kali aku keliru
dengan perasaan sendiri--

jiwa ini kosong,
jiwa ini sepi,
tapi kau tetap disisi.

nabihajohari
131130

26 November, 2013

Dunia . aku

Assalamualaikum.

hm agak lama jugak lah tak berkongsi cerita. ahahaha aku sihat sihat je semenjak cuti ni. cuma bosan sikit sbb asyik melepak dekat rumah atas katil smbil baca buku. tak pun melepak dekat meja belajar sambil melukis. rasa macam takde kehidupan lah pulak ahaha. dua buku dalam beg tu mmg wajib ada dengan aku setiap masa. peneman bangun tidur makan minum. mandi dengan shhh je tak ahahahaha. well said. sejak kebelakangan ni aku rasa macam tak de guna dengan apa yang aku rancang. u know kata tak seindah rupa. gitulah.. apa nak jadi dengan aku pun aku tak tahulah. jiwa ni rasa kosong bosan mati. aku patut berusaha lagi untuk dekatkan diri kepada-Nya.

Astargfirullahalazim.. aku dah jauh terpesong aku dah jauh menyimpang dari lansdasan. dah banyak perkara aku abaikan. jiwa meronta minta kembali otak dah set untuk kembali. hati yang memaksa untuk stay. ya Allah bantu hambaMu yang lemah ini.

banyak aku fikir. buku ni bagi aku inspirasi untuk bukak mata tentang dunia. tentang kehidupan. bukan sahaja mata tapi hati.

"orang yang buta hati ni ada penyakit"

ada jugak terfikir nak mulakan balik menaip. mula sambung balik dua cerita yang tergadai. nak kongsi dengan masyarakat tentang dunia aku. dunia aku yang tak pernah siapa peduli. dunia aku yang tak pernah siapa ambil tahu dan dunia aku yang takde siapa boleh masuk dan fahami. cuma nak orang tahu yang aku ada dunia tersendiri. aku ada dunia yang aku cipta. untuk aku hidup dekat dalamnya. bukan dunia yang sesat. tapi dunia yang penuh dengan cerita. cerita tentang aku.

tengoklah macam mana. aku fikirkan balik. nak bangun dari mimpi untuk tengok dunia reliti ni bukan senang. perlukan jiwa yang kental dan hati yang kuat. ingat senang nak tempuhi dunia reliti. aku lebih rela tidur dan terus bermimpi dari terus berjumpa dengan reliti yang menyakitkan. realiti yang melukakan. hidup tak seindah yang kita rancang di atas sehelai kertas. tak seindah yang kita baca didalam buku. tak seindah yang kita lihat dalam kaca televisyen.

bila kau dah bersedia, bangunlah menghadapi realiti. sampai bila kau nak bermimpi. tolong sedar. hidup ni cuma sekali. #notetomyself



17 November, 2013

perancangan


Assalamualaikum *gaya sharifah amani* :) ahahahaaha yay i'm back. cuti sekolah dah bermula. lol. aku rasa mcm cuti tak cuti je hahahaha. biasalah budak pmr yg malas nk dtg sekolah lepas exam mmg muka tak malu duduk rumah je. ceh. so perancangan sepanjang cuti sebelum bermulanya hidup yang 'baru' tahun depan. apa dia ekkk? lol

mmg tak ah aku nak pikir perancangan segala bagai ni. tapi yg pasti melaksakan hobi baru tu perlu dan wajib dilakukan. kalau tak nnti aku leka jauh terpesong. berfikir. berfikir. dan terus berfikir itu yg aku buat sepanjang cuti ni. kiranya macam menyindiri lah. on twitter pun jarang. tweet pun mcm manusia mintak kena sepak ahahaha.

dan dengan berfikir ni lah banyak yang aku terfikir. cewah. terfikir untuk jadi matang ah of course. selama ni mmg tak matang pun senanya. otak cam dak dak je lebih en poyo matang je padahal tak pun sobs.

so next month result keluar. aku tanya family aku about how my result will come out
 
abah : 5A
mak : 4A
aizad : 3A 
akak : 2A

06 November, 2013

Ego


Assalamualaikum.

aha lamanya dah tak bersembang dengan korang. hm.

aku tak tahulah nak cakap selama aku hidup ni aku dah cukup belajar tntg manusia. tp aku rasa mcm nak stop je dari belajar dan jumpa macam macam lagi jenis ragam manusia. memang hidup aku ni macam dalam kegelapan. penuh dengan masalah. susah nak tgk aku senyum susah nak aku gembira dengan keikhlasan hati aku. but them. they make me smile no matter how hard they try i will always smile when with them.

selama ni aku senyap aku diam. aku cuba tahan aku cuba pendam aku cuba tak terlampau emosi. tapi kadang kadang aku tanya jugak dekat diri aku ni kenapa aku jadi macam ni? kenapa aku jadi ego? kenapa aku jadi macam orang takde perasaan? susah. susah nak puaskan hati semua orang. susah nak jadi sahabat dekat semua orang. susah nk buat orang terima siapa kita. aku cuba nak jadi kuat. aku cuba nak kentalkan hati aku. tapi aku tak boleh bila dengan orang yang aku dah anggap sebahagian dari hidup aku. aku tak boleh nk konon kuat aku tak boleh nk konon boleh kawal emosi bila diperlakukan semua ni. aku cukup untuk jadi jujur untuk jadi kawan yang terbaik tapi kenapa aku dibalas dengan perkara yang sebaliknya ?

aku tanya ! aku soal ! kenapa ?! kenapa ?! tapi. takde siapa pun cuba nak jujur. takde siapa. semua nak diam semua nak senyap. korang nak aku buat apa lagi? korang nak aku buat macam mana lagi? korang nak aku ubah apa lagi? aku tak tahu apa salah silap aku kalau korg tak tegur perangai aku. dengan buat aku macam ni takkan mengubah apa ! dengan tikam belakang. cakap belakang. dan cuba jadi pura pura depan aku takkan ada hasilnya selain dendam. benci. ini baru suku aku tunjuk siapa aku. belum sampai separuh.

aku cuba nak faham sorg sorg. aku cuba nak jadi kawan yang terbaik untuk korang. tak boleh ke bagi kerjasama? tak boleh ke kita bina persahabatan dengan usaha kita bersama? tak boleh ke? aku tak kuat korg. aku tak sekuat yg korg tgk. aku perlukan kawan yang ada bila aku bangun yang ada bila aku jatuh. yang gembira dengan kebahagiaan yang turut memahami kesedihan aku.

semua ada ego masing masing dan itu yang buat aku jadi down.

25 October, 2013

Realiti

kadang kau terleka
kau terleka dengan dunia
kau terleka dengan masalah
sampai kau tak sedar

kau taknak amik peduli dengan semua orang
kau fikir semua benci kau
kau fikir semua mendatangkan masalah buat kau
sampai kau tak sedar

ada orang berdiri di belakang kau sepanjang masa

orang yang selalu ambil berat pasal kau
orang yang selalu nasihat kau
orang selalu ada tika kau jatuh
tapi kau tetap tak sedar

aku penat.
aku penat berdiri belakang kau
aku penat jadi bayang-bayang
aku penat dengan semua ni

berhentilah bermimpi
bangun !
realiti ada depan mata

bjoe.




20 October, 2013

Pergi

kau tak layan dia
kau buat bodoh pasal dia
kau buat endah tentang dia
kau lari daripada dia
sekarang dia pergi

kau maki dia
kau marah dia
kau herdik dia
sedangkan bukan salah dia
kau halau dia
dia tetap bertahan
tapi
sekarang dia pergi dengan rela hati

kau menyesal
kau nak dia balik
kau nak dia kembali
tapi dia dah pergi

kau menangis
kau meraung
keluar air mata darah sekalipun
dia takkan kembali
sebab dia dah pergi

dia dah pergi tinggalkan kau
tinggalkan dunia

xoxo,
bie

11 October, 2013

Murung

kau tak sedar.
Terkadang kau terlampau leka dengan perasaan
kau jadi Murung

kau terlampau leka dengan jiwa
kau jadi Murung

kau biarkan hati kau disakiti,
kau biarkan jiwa kau jadi kosong
kau biarkan diri kau jadi sunyi
kau biarkan segalanya pergi
kau Murung.

Hati !
tolong lah, tolong bangun dari mimpi
tolong bantu aku dia bangkit
tolong bantu aku dia jadi macam dulu

maafkan aku kerana biarkan hati terlalu menguasai kau
maafkan aku kerana biarkan kau leka dengan perasaan
maafkan aku kerana tak memaksa kau guna aku
kini kau Murung sebab aku..

semua salah kau Hati !
kau biarkan dia hanyut dengan permainan kau !
kau biarkan dia leka !
kau penyebab dia murung !

tolong biarkan dia kembali seperti dulu

-otak-

16 August, 2013

Dulu



"mana kau pergi selama ni"

"apa bende kau ni, setiap hari aku dengan kau"

"bukan, mana kau yang dulu"

Senyap.

"mana kau yang aku kenal dulu. mana?"

"maksud kau.."

"yang bising. yang tak pernah kisah pasal orang lain, yang hyper, yang selalu senyum, yang selalu cool, yang selalu ceriakan suasana, yang tak pernah menangis, yang selalu kuat mengahadapi segalanya. mana?"

"ohh, dah mati kot? haha"

"aku tak nak kau jadi macam ni, tolong aku sayang kau"

"kau sorang jelah yang sayang aku"

"tak, semua sayang kau. semua nak kau yang dulu"

"bukti?"

diam.

"heh, aku rasa mcm selesa je kot jadi macam ni, kalau aku jadi yang dulu. kau tengok lah berapa ramai dah pergi dari hidup aku, gunakan aku untuk tarik semua kawan aku, ye ye je dorg nak aku jadi mcm dulu"

"aku tak pernah pergi dari hidup kau"

"memanglah, dah kau terikat dengan aku. Kau tu kan AKU"


susah sebenarnya nak cari kawan yang betul jujur dan ikhlas dengan kita. mmg susah. tapi kalau siapa yang ada tu bersyukur lah sebab tak semua dapat apa yang korang dapat. selama ni hanya hati jelah yang faham kita yang teman kita. cuma hati.

ada satu kes dimana, ada sorang ni dia datang kat aku minta pertolongan aku. konon katanya aku ni pandailah bagi nasihat. haha. dia kata dia dah penat dengan kehidupan, dia dah penat nak tengok orang sekeliling yang tak pernah kisah pasal dia. ya dulu memanglah ada. tapi sekarang. semua pergi. dia sunyi. dia sepi. dan aku lah orang pertama yang tinggalkan dia. tapi, aku tak pernah lupa jasa dia. aku cuma lupakan pengkhianatan dia.

at first, aku macam malas nak tolong, sebab dah berulang kali dah nasihat aku ni dia mintak. aku rasa mcm bende yang sama je aku cakap kat dia. lol. tapi takpelah, aku bagilah jugak nasihat semampu aku. dia kata aku pendengar yang baik. thanks to her lah. dia kata dia menyesal apa yang dia buat kat aku. dia dah nampak mana kawan mana lawan. sayangnya hati aku dah tawar. aku cuma boleh jadi kawan nasihat dia. aku tak kisah pun yang aku ni jadi teman susah dan bukan teman senang. sekurangnya dorng ingt gak kat aku.

dulu, aku ni mmg annoying. i admit that. tpi bila satu kejadian yang jadi kat aku berulang. buat aku sedar. lebih baik aku ubah perangai aku. and yeah. aku jadi diam dan hanya bergaul dgn orang yang nak bergaul dgn aku. really. aku dah mcm orang tak berperasaan dah kot. kau nak merajuk dengan aku kau punya pasal. aku dah tak de masa nak pujuk kau. dulu ye. now no. idk why. aku sendiri rasa yang aku dah berubah. well adik aku pun cakap macam tu T_T

setelah mengkaji hati sendiri. cewah. hahaha aku dah tahu faktor dia. yeah. FAKTOR UTAMA. tapi lantaklah rasa mcm bodoh je kenapa aku berubah. actually banyak je faktor dia. aku gabungkan semua masalah aku jadi satu lepastu aku decide nk jadi yang lain. tapi aku rasa adalah certain yg aku tak ubah. hehe


"kenapa kau ni baik sangat"

"why?"

"bukan dia dah tikam kau banyak kali since tahun lepas ke?"

"aku tak suka besarkan cerita"

xoxo
bie

27 July, 2013

Dah setahun *cries*

cr; to kak hara

Assalamualaikum

holla. aku kembali kejap (je) mengupdate entry baru wkwkwk. rindu gila dekat blog ni walaweh. hahaha. takpe nanti aku tukar baju blog ni hm. so nampak tak gambar kat atas tu? oh yeah. entry ada unsur kpop sikit. SIKIT JE. yang ak suka boleh keluar. bye zzz

harini 27.7.2013 dah setahun dah aku bersama TIG *cries kalau nak flashback kenangan dengan #TeamInspiritGila memang banyak. huwaaaa. rasa nak nangis bila teringat kenangan lalu. hohoho. ya ya seperti yang tak semua tahu aku masuk group to memang dah genap 12 bulan. walaweh time join tu hanya berapa kerat je dalam tu. tak sampai 50. aku masuk pun sbb time tu aku nampak kak meera promote. hahaha. tak tahu pulak aku dah lama follow kak meera kat twitter. so mmg muka tak malu gila mintak request nk join. dah lah aku tak kenal sesiapa. lol. then aku pun main post je pasal infinite. hahahha. tak lama lepas tu dapat kawan baru. mmg ramai ! best gila !

then...... sampailah satu kejadian. hahahaha. aku yang menyuarakan ketidak puas hatian dekat twitter. lepastu geng geng aku semua serbu ikut join dorg pun tak puas hati sebenarnya lol ok. then ktorng dah mcm buat meeting je kat twitter tu padahal public lol. then sampai satu tahap kak Ara terus post. pergh. semua macam lega. then diikuti aku, ainin ,wawa dgn balqis huda. mmglah ada sedikit gaduh lol. hm tapi aku matang takpe *statement mintak kaki gila ok

then ttiba ainin hantar chat kat aku. kak meera panggil dia. hahahaha. lepastu terus ktorng buat chat group. macam macam lol ainin cite. aku dengan wawa watlek tak kena panggil. ainin dengan balqis je hohoho. tapi still kak meera tahu aku pun join buat hal nak marah orang tak tentu pasal. huhu T_T then malam tu tetiba tercipta satu group GENG CELCOM walaweh. kebetulan aku,wawa,ainin dengan balqis pakai celcom. hahahaha time tu mmg dah rapat gila bapak kau sayang dengan diorng. setiap hari meroyan dekat twitter. 

oh ada kenangan lain. macam balqis dgn wawa buat drama dekat twitter sampai naik trending nama kat tl aku. pergh. time tu kot aku kenal wawa. ha yelah. mmg gempak gila drama tu smpi terbawak bawak dekat group. 

then kejadian #TeamInspiritGila trending dekat twitter. semua pakat hilang dekat twitter masuk group buat meeting. Siapa suka nama group masuk trending, dibuatnya kena bash. mmg kena pun. lol. then lepas tu mmg berjemaah lah yang mintak nak join. and sejak tu aku mcm tak aktif dekat TIG. actually ada cerita lain. aku malas nak ungkit. 

and semalam. ada drama lagi. lol Kak Hara dengan Kak meera gaduh besar. lol. actually aku tak tahu cerita. Ainin yang cerita. terus aku on facebook. mmg macam..... WOW. k.... gaduh sebab kak hara spam pinkfinite. then tetiba pasal gila kuasa. hormat senior lah entah lah mmg gempak hahahah. tetiba dah malam sikit tu. wawa suruh aku tgk balik group. tgk header dah tukar kepada gambar yang kat atas tu. then post kak hara. aku baca and ............................................. ok i have been trolled. mmg time tu rasa nak nangis pun ada. sebab masa dorg gaduh tu aku fikir berpuluh kali. kak meera dgn kak hara bukan rapat gila ke. smpi time kak hara sakit kak meera datang melawat segala. and aku pun mcm terkedu. lahhhhhh sakit hati pun ada kena trolled macam tu T_T

rupanya sempena #TIG1stAnniversary. haih dah setahun rupanya. mmg best lah kenangan dengan TIG ni. aku mmg tak boleh nak lupalah *cries

btw, hey Team Inspirit Gila. ni nak ucapkan happy 1st Anniversary ;__; aku sayang gila dekat korang. walaweh aku mmg tak pemes dalam group tu sebab aku jarang post kat situ. and lately aku pun jarang spam pasal abe finite kita. hehe orang nak trial oi. hm takpe nnti akhir tahun kita spam lagi lah hohoho. aku takkan lupa persahabatan yang kita jalinkan selama kita bersama-sama menempuh segala cabaran *pergh ayat bersama. akhir kata ILOVEYOU guys. 



20 July, 2013

Study


Assalamualaikum

holla! i'm back with new entry. hahaha. dah 10 hari puasa dah huhu. tahniah ler yang penuh 10 hari tu. yang tak penuh tu. takpe gua faham. gua faham buat perempuan jelah woi. haha lelaki tu taknak faham pun :p okay now back. ini entry sesuai dan khas ah buat 98's liner. pergh poyo gila ayat padahal mcm tak poyo pun ok abaikan.

dengan tajuk tu tahu dah ah aku nak cakap pasal apa en. ahaha ofkoss. 25 haribulan ni duuuh. oh wait. ada sekolah yang amik 22/7. korang semua dah buat persediaan rapi ke belum ni? yang dah tu aku tak tahu nak cakap apa tapi tahniah ler sebab dah sedia. cewah ayat. ye ah aku ni nak sedia? pergh simpang. tak pernah bersedia pun. apa nak jadilah dengan aku ni hesh ~.~ trial ni pun aku tak target sangat. tapi yang aku target tu mmg aku target betul betul. dengan usaha, doa dan tawakal dan izin Allah. Inshaallah boleh ! :)

"study while others are sleeping, work while others are loafing, prepare while others are playing and dream while others are wishing" -William A. Ward

jap nak out sikit dari topik. actually masuk harini aku dah 8 hari demam. demam yang panas dalam tu. masa mula mula tu mmg lah selsema batuk muintah semua. tapi sekarang just sukar nak bernafas dengan betul. orang cakap denggi. oranglah cakap. hahaha lagipun ruam kat tangan aku ni baru sikit je naik. lek luuuuu dah gi jumpa doktor dah lah. amik darah dah pun. doktor marah air dalam badan sikit. hahaha. ok. aku memang kurang gemar nak minum air lah --' dunno wai. dun ask me.

agak terseksa jugak ler nafas ni panas. tak selesa nak belajar aku. last last depe cakap tak yah belajar sangat. buat revision je. bagi ingat balik. kalau baca tak masuk tak guna. haha. dah ler awok tu sakit tak payah nak paksa otak terima ilmu. nanti otak cramp tak ke gila. ok ni aku ubah sikit tapi sama je point. wkwkwk sweet je makhluk Allah tu hantar mesej kat aku.

oh dahlah. macam tak berpaedah je kome semua baca entry merapu aku. hahaha and again hwaiting batch 98's ! trial next week wooohooooo. hahaha do the best. ingat Allah selalu ada untuk korang meminta. banyaklah beribadat kepadaNya. Inshaallah kita akan dapat balik dengan apa yang kita usahakan. Amen.


xoxoexo

06 July, 2013

Pernah tak...


Assalamualaikum

hai n hai i'm back with new entry. oh yeah saya mmg tak sedar diri padahal lagi dua minggu nak trial ho ho ho. oh ya aku tak tahu nak buat entry apa actually. lol gambar kat atas rasa tersentuh bila tgk balik. entah lah tapi rasa mcm...

pernah tak mengimbau balik kenangan lama di mana kita tak pernah nak kenal apa itu masalah?
pernah tak rasa macam nak balik ke zaman dulu dimana kita tak pernah nak menangis kerana masalah.
pernah tak rasa mcm dunia ni tak adil
pernah tak kita rasa mcm semua orang salah. kita je yang betul
pernah tak rasa mcm taknak jadi remaja? dewasa?
pernah tak terfikir yang semua orang tengah benci kan kita
pernah tak kita rasa mcm tak nak pikul sebarang masalah
pernah tak duduk sorang sorang tengok langit dan tanya pada diri sendiri "siapa aku sebenarnya?" "kenapa ada orang benci aku" "apa salah aku" "kenapa aku jadi macam ni"

tipulah tak pernah ada orang rasa semua bende. tipu tipu. haha. aku sendiri tengah rasa sekarang. rasa berat sangat. berat yang teramat masalah ni. banyak mana aku hadapi masalah aku. mesti ada je masalah lain yang datang. Ya Allah kenapa berat sangat ujian mu ya Allah.

aku tak tahu dah apa aku merepek. lol bye

22 June, 2013

I'm Back



Assalamualaikum

holla pepsss. i'm backk. hahaha long time no update from me ;__; sorry guys u.u busy leh. hehe so okay today nak cakap pasal apa? ahahaha. aku pun tarak tau. lagi 101 nak PMR. yeah yeah aku kira. sobs hebat en en en. okay diam. bulan depan dah trial. math aku masih belum menguasai. k rasa nak terjun kolam. eh jap taknak ah. aku takut lemas lol. terjun katil ah ahahahaha.

oh ya lately aku banyak bagi motivasi dekat orang yang dtg jumpa aku kongsi masalah. yeah ada manusia yang dapat terima. ada manusia yang tak dapat nk terima, so ada sedikit perbalahan tapi tkpe aku ttp menang. *ehem* hahaha. ada jugak manusia yang tanya "kenapa tak buat dekat blog je? kau ada blog kan?" aku jawab dengan tenang "aku bagi pendapat dekat orang yang bertanya" Alhamdulillah ramai yang suka dengan nasihat dan dorongan yang bagi. *kelip kelip mata* cewah. aku tak da lah begitu... apa tu orang kata mcm... begitu fasih mahupun begitu mahir dalam menasihati orang tapi kalau setakat nasihat daripada kawan kepada kawan tu biasa la benda kecik. kita pernah rasa apa dornag rasa tak salah kongsi perasaan kita kan?

ada yang kata aku ni berhujah, berceramah apa semua. for me aku tak berceramah or berhujah. just sharing n caring. gituuuuu xD

baru baru ni. maksud aku dalam tahun ni lah. ada sorang ni. everyday setiap pagi tengahari petang malam akan kacau aku cerita masalah dia. oh yeah masalah yang lain. tapi dgn org sama. aku pun bagi lah nasihat itu ini nak kena buat apa semua. tapi makin lama makin banyak maslah aku jadi rasa mcm nak jumpa manusia yang mendatangkan masalah tu. aku nak tanya dia. dia ni mmg nak hidup untuk bagi masalah dan ada masalah ke? sakit pulak jiwa aku ni ha. okay takpe. aku macam tak kisah. membe kan? kena tolong... hahaha.

pada akulah kan. semua orang berhak menasihati tau. sebab yeah. setiap orang ada pendapat masing masing. jangan cepat melatah bila kena nasihat. dia nasihat bukannya mencaci ke menghina ke apa takkk. kalau kau tak setuju kau boleh perbetulkan ayat nasihat dia. tak perlu lah nak jeling sampai nak simpan dia buat musuh. tak tenang jiwa beb.

n one more thing lah. aku paling kurang gemar orang yang cepat pikir buruk salah faham sangka semuanya lah ! aku ni mmg ada aura sombong dah tahap 4 yg paling kritikal ni. so tak payah lah mcm nk terasa kalau aku perli kat tmpt public aku unfollow kat twitter aku tak tegur. jangan terus buat andaian yang aku ni cari gaduh boleh tak? kalau aku nak gaduh baik aku gaduh dgn orang yang aku dah kenal hati budi dia. ni nak gaduh dgn stranger. pe cite. hati kau pun aku tak kenal tak payah lah kau tarik kawan aku nak cerita yang aku perli kau sedangkan nama kau pun aku tak mention. dah terasa buat terasa tak payah nak tunjuk yang aku ni buat salah besar sbb perli kau. aku kurang gemar manusia fikiran cetek ni. buat sakit hati kalau melayan. oh abt unffolow kat twitter. weh hak aku weh. budak sekolah rendah aku pun aku unfollow no wonder lah kau yang aku tak kenal sangat ni pun aku unfollow k? tak payah nk berperangai budak kecik boleh? gedik. menyampah aku.

31 May, 2013

Again -.-



Assalamualaikum. hai hai dah lama tak check blog. dua hari. lama lah kan? haha tadi check tgk ada komen. hahaha lama dah orang tk komen wokehhh. ingtkn komen apa. aku di tag. ahaks. again. kau tahu dulu game ni lah aku paling benci kalau di tag. seriously aku mmg dh tahu rules dia. so awal awal aku cakap aku tak suka mereka soalan. aku tak suka tag orang. so aku langgar rules tu. eheh. ehehehe sorry :p

terima kasih lah kak ieyra sbb tag saya yg comel lagikan bergaya ni. ahakssssss *crying* actually aku macam malas nak buat. tapi memandangkan esok aku nak berangkat balik negeri sembilan lepas subuh. better aku laksanakan secepat mungkin. penat penat kak ieyra sediakan soalan aku takmo menjawab. k k aku jawab ^.^

Rules :-
  • Post this rules
  • Write 11 things about yourself
  • Answer the question the tagger set to you
  • Create 11 new question for those you want to tag
  • Choose 11 blogger to be tagged and link them to the post
  • You are not allowed to tag back 


as i say. aku tak suka mereka soalan + tag orang. so aku break 2 rules di atas. haha :b


11 things about myself. uhm.
  • my full name is Nurul Nabiha binti Johari 
  • i'm fifteen this year
  • in love with sungjong and chanyeol
  • really love purple and red
  • simple girl
  • anak kedua dari tiga adik beradik
  • seorang yang manja bila dengan family
  • seorang yang brutal bila dengan kawan
  • suara aku rock. hahaha -.-
  • tak suka perempuan gedik. seriously
  • suka lelaki yang ada sama otak dengan aku. yeah !

so here. question from kak ieyraaa ;)

1. First impression masa berkenalan dengan ieyra ghani walaupun kat alam maya. kalau belum kenal, jom lah bertaaruf -...-
-friendly !

2. Kalau korang diberi peluang jadi heroin drama/filem. Nyatakan dalam cerita apa dan kenapa

-sebenarnya saya isteri dia. because i'm totally in love with Firash Arashad's characters <3

3. describe your ultimate bias.

-sungjong. manly for me. cute. i love him. that's all !

4. korang pilih yang mana satu dahulu samada mencintai atau dicintai? /salah satu/

-dicintai of course.

5. ceritakan peristiwa tragis dalam hidup?

-1 syawal 2012. kemalangan satu family dekat jalan raya masa dalam perjalanan nak balik Kuala Lumpur. pengsan sampai tak sedarkan diri. kereta hancur. Alhamdulillah satu family selamat. mcm mana boleh kemalangan sbb Allah dah tulis. nasib baik tak kena tahan wad. sebulan duduk kampung. akak kena bedah. adik kena tahan wad. mak dengan abah selamat Alhamdulillah. paling tragis. kenangan tu tak boleh lupa. sobs. tmpt kemalangan pun tak dibaiki -.-

6. teringin tak nak jumpa aku face to face?. kalau teringin nyatakan kenapa. /ewah/

-no comment :3

7. Kalau tiba-tiba 4 org bias korang muncul depan mata mcm drama rooftop prince. Apa agaknya reaksi korang. Ce kasi cerita bagi menarik ala ala fanfic :3

-reaksi? okay kali ni bias nak chanyeol lah. omygod. gila. kalau dia muncul gitu. terus peluk tak cakap apa. bawak dia pergi jumpa ustaz suruh dia masuk islam. jaar dia pasal agama islam. then kawin dgn dia. paksa dia cintakan diri ni /pergh/ lepastu dapat anak. bahagia bersama. ending dia mestilah bahagia sampai syurga bukannya blah mcm lee gak tu -.- yg lagi tiga tu. aha, jadi scandal pun boleh. asal dapat tgk muka tiap hari pun jadilah. ahahaha

8. Sedap ke kuew tiau? Cuba bagi sepatah dua kata yg boleh membangkitkan selera aku untuk menjamah kuew tiau. Aku pernah mkn sekali -.- lidah taleh terima

-sedap. tapi tak minat. makan bila terdesak. means kalau dah takder makanan tu bedal jelah apa yang ada.

9. MyungYeol or MyungJong?  MyungYa? Letak moments terbaikkk punya utk couple yg korang ship.

-Myungjong. forever. uhyeahhh.




10. kalau sepupu korang bergaduh besar apa korang akan buat supaya dorang berbaik balik?
-entah. ktorng sepupu semua rapat. tak pernah gaduh besar. so tak pernah nk fikir pasal bende tu. hehe :3

11. nak tengok kpop merchandise korang boleh? kasi letak gambar -..-
-even minat kpop. tapi saya tak suka beli barang barang macam tu. membazir. ohoho. org bagi adalah, tapi dah simpan dan malas nak amik. peace.


i'm done.. fuhhhhh finally. i can sleep now esok balik kampung. huwaaaaaaaaaaa noooooooooo please no. isk ;~; Assalamualaikum.

23 January, 2013

Salam Maulidur Rasul


Assalamualaikum.

hai hai and hai. all muslim know that tomorrow 24th of January or 12 Rabiulawal that our prophet Nabi Muhammad S.A.W birth date. so me. as muslim to wanna wish to all muslim in the world, Salam Maulidur Rasul. 

hmph, long time i don't write any entry yeah? lol. i do and advanced wish just because tmr ismy busy day with all that suck homework. aku rasa macam nak campak diri sendiri masuk gaungje baca entry dalam inggeris ni. hahah almaklumlah international punya blog. hahahhaa. lol forget about it.

lol kbye. ketandusan idea dah.


20 January, 2013

siapa


Assalamualaikum.

haha hai :3 lol esok nak sekolah dahhhhhhhhhh. tak boleh ke cuti lima hari sekolah yg dua hari? tak boleh ke? okay soalan tu actually dari sekolah rendah aku tanya. haha -_- actually, aku tk thu nk ckp apa ni. sbb aku dah bosan tahap kritikal dah. tinggal rasa mcm nak tidur untuk beberapa hari je. eish. lol. aku cuma entahlah. hahahahaa -,- bosan dah sangat ni. lerr. kerja sekolah tak siap lagi. dan aku sedang bersenang lenang online. cewah. well, aku bosan. k stop. haha

setiap manusia ada salah dan silap dalam perbicaraan. mungkin kata kata saya awak terasa. dan buat perasaan benci tu muncul. syaa minta maaf. saya bukan apa. semua manusia tak sempurna. harap awak faham. sekali lagi harap awak faham :* 

17 January, 2013

frust


Assalamualaikum

and hai. haha aku suka gila tarian special girl. lagi lagi part ni. lol disebabkan internet ni agak menguak dgn aku masa teaser ni kluar. so aku baru tgk. tergelak gelak aku tgk teaser dia. sumpah tak boleh tahan tgk muka dongwoo, mesti teringat ketawa dia. hahaha ok lol sabar :3

kali ni. apa yang aku cuba nak ceritakan. cewah, aku dah jarang update en en en ? hmmmm maaflah. haha k.  lol back to the topic Frust aku bukan apa. but aku frust duh duduk dalam kelas pandai. ergh serius, aku tak tahu nak cerita kat siapa lagi selain bekas cikgu math aku ;~; terima kasih cikgu kerana faham perasaan saya. ya Allah, kelas tu kena konker habis dgn budak cina. aku bukannak cakap semua budak cina jahat dengan aku. ada yang baik dengan aku. aku cuma tak suka cara diorng sembang. buat kelas tu macam mak bapak kau punya je. cakap jerit jerit. kepala hotak la weh. apa kau ingat kau duduk dalam hutan? setiap kali cikgu keluar. cikgu tak da. mulalah jadi zoo. sumpah. tadi aku dah hilang sabar terus aku menjerit suruh diam. and you know what. someone said in bahasa cina "kau bukan ketua kelas pun" and then semua gelak. eh macam bodoh tahu tak. aku tahu pun dari kawan aku yang tahu bahasa cina and ada budak cina tarik aku bagitahu. lol sayang awak peng teng :* 

idk why, but serious. aku sejak form1 tak pernah dapat kelas macam tu. oh serious. menyakitkan jantung sia perangai diorng semua. jangan sampai aku keluar perkataan mcb. 

sobs aku dah jauh merewang dah ni ;~; ya Allah permudahkan lah segala urusan aku ;_; 


nasib baik lepas habis sekolah aku pergi meeting qm. then senior semua sproting sporting. kitaorng gelak gelak je dalam stor sukan tu. aku gelak gelak dgn izah time pam bola. then merayau satu sekolah. gelak gelak dgn ainna, dengan sal, dengan syu and dengan cikgu syazana ;__; terus hilang semua stress aku lepas tu. thank guys ;~;

13 January, 2013

Sunday


Assalamualaikum.

Di pagi sabtu yang indah lagikan mulia ni, berilah aku kesempatan untuk menaip entry. padahal dah taip dah pun. muahahaha baikan lawak yang mmg tak lawak tu. err -_- haha k. semalam aku mimpi macam macam. asyik terjaga je. meyampah pulak aku ni kan. then sampai satu mimpi tu. aku mimpi yg aku tengah baca tweet yang ada kt timeline. and satu tweet tu, daripada lelaki ya. dia mengatakan "blog biha ni asyik pasal kawan je" actually, panjang lagi tau tweet dia, aku berusaha lah nak baca dalam mimpi tu, last last terjaga. sungguh sungguhhhhh lah ish !

haha so, kesimpulannya adakah betul dengan apa yang diperkatakan dalam mimpi tu? hmmm biarlah aku jawab disini yer. dah kalau bukan pasal kawan ;_; pasal siapa lagi aku nak cerita ;__; pasal boyfriend? aku mana ada ;__; pasal keluarga? cukuplah aku dibahan kat kampung ;___; haha okay itu lucu. so that's why if aku dah tkde idea sangat aku buat entry pasal kawan. it's fun right? well i know :3 

hmmm, tuje aku nak cakap. muahahaha. nak breakfast. ciao.

aku dah tkde hati untuk kau. hati kau pun kau dh amik balik. serious. aku dah penat dengan permainan kau. kau tahu aku rasa macam perempuan bodoh mengharap benda yang tak akan terjadi.

11 January, 2013

tralala

Assalamualaikum.

tak payah buat muka terkejut, aku tk bubuh gmbr harini. haha saja. malas. aku tengah baring sekarang ni. so faham faham jelah tahap kemalasan aku ni kan? hahaha oh ya, esok sabtu *dancing* lol k. hahaha, idk what to think. idk what to say. idk what to do.... idk what am i typing -_-

lol today what am i going to talk about is lupa kawan well, istilah ni tk sepatutnya wujud. aku sememangnya tk suka perkataan ini. yeah aku di gelar seorang yg cepat lupa kawan agak mengkhinzir bukan yg tuduh tuduh tu? haha. well, aku tahu siapa aku. manusia yg tahu siapa aku pun tahu siapa aku. err peliknya bunyi ayat tu. haaa k abaikan.

apa yg aku rasa aku ni lah kan. apa yg aku rasa la. aku ni bukanlah sejenis robot yg boleh tegur semua orang bila jumpa. aku hanyalah seorang manusia. ya. kalau nak mengharapkan aku tegur dulu mmg taklah kot? sbb aku jenis tk suka tegur org dulu. kau jeling aku jeling. kau senyum aku senyum. itu aku. kau kena faham kau patut faham.

kau kena ubah diri kau

no. itu bukanlah nabiha, asyik nak kena ubah diri sedangkan... dah kira okayla perangai tu. dah itu mmg diri aku. tetiba aku nk berubah. tk ke org fikir aku ni gila nk tegur semua orang nak senyum dengan semua orang. haa? kau siapa nk suruh aku ubah diri aku?

and another thing, aku tk suka orang yg jenis macam... terlau petingkan kawan. no bukan tk bagus. but, err cara 'pentingkan' tu lain macam. u know. control kawan? yes i don't like it, seriously no. hak kita nak berkawan dengan siapa. am i right? kita tk boleh nk control kawan kita like weh jangan ah kawan dgn dia, kau tahu dia kutuk kutuk aku like macam..... erm, salah cara tu. you supposed to say wey kau kawan dia kan, cuba kau tanya dia apa masalah dia dgn aku, mana tahu boleh settle. this is what i'm thinking. we must to think positive. be a positive people. oh come on, we're still young . friends. hmmm, when we grow up later, we will meet more friend. and, untuk kawan yg ada kawan like suka 'menghasut' supaya jangan kawan dgn musuh dia. kita kena nasihat dgn cara elok, but kalau dia tk boleh terima jangan kita layan ketidakterimaan dia tu. kita cakap untuk kebaikan kau jugak. sampai bila nak jadi macam ni. tak semua org tau suka perangai yg macam ni mungkin ayat tu agak kasar. but someting like that la.. haha aku mmg ayat aku kasar. pergh. pedass je ayat aku ni. cewah.

itu cuma pendapat aku abt kawan. if korang tak setuju. yeah it's up to you. aku tak mintak pun korang terima pendapat aku. thanks kepada yg sudi baca. haha

08 January, 2013

PMR


Assalamualaikum.

well all people know that Malaysian student who are in form 3 or who are in fifteen years old have to take PMR examination. lewl. i hate it you all should know it. but, what can i do? hmmm. forget about my borken english. muahahaha.

stop it nabiha. it's look annoying. lol okay i stop. actually, aku nk cakap yg aku akan mula hiatus dari terus mengupdate entry dekat blog ni. yeah, aku nak kena study. bukan bermakna yg aku akan terus tak update entry. tak. aku akan but tak selalu dan bukan masa terdekat. aku sibuk dua tiga menjak ni. :/ kalau online pun dh tak sekerap dah kot. dua minggu je dapat honemoon dalam form 3 ni. minggu depan dah start macam macam >< minggu ni just start koko je. so okay la ~.~

that time aku tgh makan, alin tunjuk nametag dia. terus aku jeling alin. apakah motif dia nk tunjuk kat aku? errrr -_- k :/

07 January, 2013

Happy

\

Assalamualaikum.

idk why i want to do an entry about happy while today is monday? haha i just wanna tell you that i'm happy that's all. haha. no. actually today is monday as you all people know. well, i'm happy. no i'm happy not because today is monday but i'm happy because i'm happy !! haha. i don't know why i'm happy :'D

okay stop it. haha. damn -.- tomorrow got history class D: 

well, sebenarnya aku happy sebab kelas harini senyum memanjang. act aku ada sebaba lain. tapi taknak bagi tahu. hahahahahaha lol haha -_- aku suka gila time kelas english tadi. satu kelas kena berdiri sebab tk dpt nk bagi maksud perkataan. ada yg atas kerusi lah atas lantai. then cikgu tnye "what's the meaning of charming?" then satu kelas macam blurr ._. ada yg jawab "like" la mcm mcm lah. then smpi kat siapa tah cikgu ckp. "only one words ! you always say this to your boyfriend" well sekolah perempuan. haha. time cikgu ckp ayat tu dlm otak aku teringat perkataan "love" haha. then smpi tmpt aku nk kena jawab, aku jawab "lovely?" "yes ! correct ! lovely !" haha serentak tu satu kelas gelak. adayg muka macam kena paku je sbb tk percaya. u know what? aku lah satu satunya yg dah boleh duduk :D haha then ada lah yg duduk lepas jawab soalan seterusnya. lol mmg gelak habis lah dlm kelas. lagi lagi time nk rehat, cikgu nk pulangkan buku. and smpi nama aku "NABIHA !! 5 PER PARAGRAPH !!" lol teacher scream with big smile. hahaha. i'm just laughed and then wen to canteen. 

then kelas apa lagi? haha kelas KH? lol yeah. kelas KH pun gelak gila gila dgn puan Anita. hahaha best gila (Y) but when teacher serious, then all serious... hmmm i don't like that situation actually :/ 

tadi dia dtg sekolah, aku yg sungguh sungguh nk jumpa dia. then bila dh terserempak, aku pandang dia. dia pandang aku. aku senyum then bla. kali kedua pun cemtu. kejam kah aku :O oh dia nak pindah melaka. hmm



05 January, 2013

Hai



Assalamualaikum.

haha hai. aku malas nk letak gambar. takde mood. lol sorylah tak buat entry baru. sejak kebelakangan ni aku dh takde masa nk menaip panjang panjang bercerita dengan korang. ceh ayat ! haha. sekolah dah pun berlalu tiga hari dan aku masih *mengeluh* Astargfirullah... aku pun tk tahu lah. hahaha aku nk cerita pasal sekolah je ni, walaupun aku ada masalah lain. haha aku dah malas nk kongsi. masalah aku yg ni tk pernah ada org nk buat aku tenang mahupun pujuk aku nasihat ke apa takde. yg ada cuma "hmmm biarlah" "biasalah tu.." "tk pyh nk fikir sangat" KAU PENRAH RASA KE APA YG AKU RASA? k stop nabiha stop.

hahaha actually masuk kelas 3USAHA ni. mmg mebacar lah katanya sbb bila cikgu masuk "berapa org?" "37" "okay.. so? 8A?" and kitoarng yg dalam kelas dah macam mayat hidup je dengar soalan tu. muka masing masing pucat nak jawab pun nk tknk. paling tk leh bla masa kelas english lah. th whole class say "no" and the teacher "hey don't you remeber that i say? when i ask you you must asnwer yes ! so 8A?" ;AAAAAA; semua nk taknak je bukak mulut. aku dgn muka terpaksa jawab yes perlahan. rasa mcm ada something yg tercekik je kt kerongkong aku time nk ckp yes tu. "y-e-yee-sss" sedih aku ;___; dahlah cara pembelajaran tahun ni ketara gila berubah. rasa nak nagis aku time cikgu math masuk terus bagi kertas soalan percubaan PMR. boleh bunuh diri aku kat situ bila lupa segala bagai formula.

kelas sains. uhm, 50-50 la. hahaha sebab cikgu form 1 aku. so kamceng sikit dgn dia. cuma form 3 ni kena serius lah sikit. kata kata senior, form 3 punya subjek ni mmg mencengkam sanubari. kau tk dpt pickup pergi duduk hospital koma jela. hahahaha xD but i'm still use word "study smart not study hard" bila diri ini dah jadi harapan keluarga takkan aku nak musnahkan. aku rasa aku kena buat jadual belajar + enjoy la. haha aku mana boleh nk honeymoon tahun ni. tsk sadis sungguh siut.

memandangkan jiwa aku ni tak boleh nk dilekang dek novel novel, susah jugaklah aku nk stop bila dengar je ada novel best best. haha minggu ni je dah tiga novel aku pinjam dari kawan. gila aku. hahaha and ad apulak org tnye "kau still ada masa eh nk baca bende tu?" dengan tenang dan poyo nya aku jawab "untung tak dihantar tusyen luar" cewahhhh. muka bengang kuasa berapa aku tak tahu yg bertanya tu. hahaha. aku bukan tknk dihantar tusyen luar. but but but mak yg tk bagi sbb dia tahu anak dia yg comel macam bayi ni macam mana perangainya. haha. tak pandai urus masa satu. pemalas satu. uhuk uhuk cukuplah sekadar bertemankan buku buku latihan. Insyallah berjaya. berusaha > doa > tawakal

azam tahun 2013 ni aku tk byk. cuma nk berjaya. aku mula mula ingat nk off phone je. tp mengingatkan kawan kawan tercinta yg mungkin akan call tnye about kerja seoklah jadual buku apa yg perlu ada, ras abersalah menyerbu diri. keh keh keh tak ke kauorang rasa aku ni seorang kawan yg baik lagikan comel dan bergaya? lol kedengaran sarkastik sungguh. 

sudahlah melayan tangan yg asyik nk taip ni. mmg tak habis. aku tk tahulah berapa byk typo entah yg muncul. ada ke tak perkataan yg tkde space. maklumlah laptop tinggal nk kena rebus ni ha. spacebar mintak kena hentuk je dgn aku -__- sudah sudah. aku nk bersiap pergi kenduri ni. cuci mata cari calon lagi. fuhh byk gila kerja aku tahun ni. ewah, main main je. sekali sekala nk enjoy bulan januari :D bye readers. Wassalam o/

aku dah tukar header. aku dh masukkan gmbr dlm entry. ni. ha ha ha edit balik. ceh. lewl. 

01 January, 2013

Random. bla bla bla


Assalamualaikum. 

haha hai. lewl. aku nk buat ramndom entry di pagi yg mulia lagi kan cerah dn sejuk ni. pergh tk tahan aku sejuk sejuk ni >,< first of all, aku nk ucapkan Happy New Year. untuk readers yg setia lagikan comel cantik handsome dan macho sekalian :* hihi sayang korang. ngeh ngeh ngeh. aku dh masuk 15 :'( agak sedih okay sedih. lol nk kena tukar header tu. ahaks. lepasni lepasni :3 

oh ya disebabkan ini new year, aku tk jangka yg aku akan bermimpi tgh tgh tidur mengenang kenangan lama. cewah. aku tk boleh tidur semalam so aku baca mesej. baca lepastu gelak senyum sorng sorng. aku ras adah macam org gila aku ni -_- haha. akhirnya dapat tidur dan aku mimpi ._. k mimpi ._. mainan tidur yg tak boleh nk dibelahnya. haha. aku mimpi yg aku kat kampung, and mak cakap aku kena kawin dgn anak family yg tgh makan dekat dalam rumah tu. ugh like dionrg tu dtg melamar lah. ha ha ha ._. firstly aku ingt yg si adik aku kena kawin. lewl sbb dia pandng aku senyum senyum. hmmm handsome pakai spek. tu je aku ingt. lol. muka dia aku tk ingt -.-' 

lepastu tetiba ada sorng dtg kt aku, tinggi muka sebujik dgn si pendek yg tgh makan tu. oh rupanya dgn si tinggi aku kena kawin -.-' hahahahahahahahaha dia senyum pandang aku *.* aku cepat melt kalau lelaki senyum lesung pipi kat mata smbil pegg spek. ugh tumbuk muka aku sekarang. lol nk dipendekkan cerita, time aku tgh sorng sorng entah macam mana aku boleh bergaduh dgn seorang minah yg kerek gila nak mati. kerja nk maki aku nk tengking aku. aku ingt muka dia ada iras iras senior aku. haha shut up. 

then tetiba aku tgh main tarik tarik rambut. lol aku ckp dia tk tutup aurat or what something aku ceramah dia and dia terus belasah aku kata ku ni malaikat utusan Allah ke apa. yg aku ingt lepas dia ckp macam tu aku ckp "dah tu tk reti nk insaf?" terus dia hentam aku smpi belakang kepala aku sakit then dia bla. sepupu aku tgk kau nangis nangis, aku suruh dia angkat aku sbb aku dh tk larat nk bangun. lol. lepastu tetiba dia hilang aku nmpk mak aku. aku pun angkat kepala pelan pelan nk mengiring sbb belakang kepala aku sakit sangat. then aku ternampak tetiba ada satu ayat quran muncul depan aku. aku baca even aku thu aku tgh abc ._. lol lepastu bila baca maksud ayat tu aku menangis. abt aurat la. in real pun aku nangis, so aku terjaga aku kesat air mata aku. lol.

mimpi aku o.O it's like macam ada something. hmmm. haha k


haha okay second. abt Ayahanda. well kpoppers or TIG members kenal siapakah gerangan si Ayahanda ni. uhuks. aku bersyukur dapat kenal dia. dialah yg bagi aku nasihat cadangan or what smeua dialah . hahaha aku tkkn pernah lupa jasa dia. jumaat ni dia akan berangkat ke Sarawak untuk menjalani latihan PLKN. hmm, semua macam hmmmm dia yg duk horrey horrey. lewl. haha so aku dgn Ainna kitaorng bertiga Toyota Family. hahahaha comel je. lol k. so aku dgn Ainna buat ucapan khas tuk ayahanda guna twitlonger. so here is it.

from me :- 
WAAAAAA HAI AYAHANDA HAI HAI HAI. HAHAHA MOGA KAU BACA TWEET YG AKU SPAM TU DARIPADA BAWAH SMPI ATAS THEN BARU KAU SENTUH TWEET NI. YA YA YA?

INI UCAPAN DARIPADA AKU AHLI TOYOTA TAUKE COKOLAT TERCINTA KAU :3 WAHAHAHA, SEBELUM TU BIAR AKU CKP PNJG LEBAR MEMANDANGKAN KAU AKAN MENGHILANG SELAMA TIGA BULAN TSK /KESAT HINGUS/ AKU TAK SANGKA YANG AKU KAWAN DENGAN KAU. WAH KAU INGAT MACAM MANA CARA KITA BERKENALAN? DI MUKA BUKU GITU *O* MASA TU AKU TULIS DKT TIG PASAL SUNGJONG (?) LEPAS TU KAU KOMEN KAN KAN KAN? HAHA MULA MULA AKU MACAM AWKWARD YELAH AKU TK KENAL KAU -O- AKU MACAM.... SIAPA DIA NI? NAMA JAWI PULAK TU. BALQIS HUDA. HMM SEDAP NAMA. YANG PALING AKU AWKWARDNYA KAU CKP KAU AKU DENGAN AKU. LAGI AWKWARD BILA DAPAT TAHU KAU FORM 5. KAU ORG KEDUA AKU BERKAU AKU DGN UMUR YG DH HBMPIR HBIS SEKOLAH. ORG PERTAMA KAKAK AKU YG BERUMUR 18 TAHUN :O

LEPASTU AKU TK THU MACAM MANA AKU BOLEH FOLLOW KAU DEKAT TWITTER. AKU MACAM SIAPALAH DIA NI KAT TIMELINE AKU. UUU FAMOUS PLAK TU -O- SO AKU ABAIKAN. TP TETIBA ADA SATU TWEET AKU KAU REPLY AND I WAS LIKE *O* SIAPA DIA NI. KENAPA CARA DIA MENAIP MACAM KENAL AKU. RUPANYA KAU SI BALQIS HUDA. AKU BANGGA TIME TU SBB AKU KENAL KAU. HAHAHA TIME TU SEMUA ORG TERTANYA NAMA SEBENAR KAU AND DIOG INGT KAU LELAKI. AKU BANGGA SBB AKU TAHU SIAPA KAU *O*

OKAY STOP. HAHA AKU DISINI MENAIP BERIBU PATAH PERKATAAN NK UCAPKAN SEMOGA KAU BAHAGIA MASUK PLKN NNTI. AKU TAHU KAU AKAN MERINDUI DIRI AKU NI. SOBS SEDIH PULAK. JGN KAU SEKALI KALI TAK MERINDUI DIRI AKU NI. SOB. KALAU TAK AKU PANCUNG HOYA KAU ;O; KALAU BOLEH SETIAP MINGGU KAU MESEJ LAH AKU MENGATAKAN KAU RINDU AKU SBB AKU TKNK MESEJ KAU DGN MENGATAKAN AKU RINDU KAU. K JOKE. LOL HAHA.

AKU TAHU AYAT AKU PANJANG. DAN TERHARU DAN DAN DAN ;A; AKU SEDIH LA WEH KAU NK PERGI PLKAN ;__; SEDIH. HUWAAAAAA. HAHAHHAHA DOAKAN AKU DAPAT 8A WEH. DOAKAN AKU TAU ;_; NNTI DH TAMAT PLKN JGN KAU LUPA POST GMBR KAU PAKAI BAJU PLKN TU. WAAAA AKU NK TGK MUKA KAU WAHAI BALQIS HUDA ;A; HAHA.

TERIMA KASIH JADI TUTOR AKU SELAMA NI. AKU MINTA NASIHAT, KAU NASIHAT, AKU MINTA PENDAPAT KAU BAGI. TERIMA KASIH BALQIS HUDA A.K.A AYAHANDA A.K.A SI MACHO SAYANG KU ;A;


from Ainna :-
ASSALAMUALAIKUM AYAHANDA. WAH SOPANNYA AKU HAHAHA >.> MEMANDANGKAN KAU DAH TAU MISI RAHSIA AKU DAN NABIHA SO BENDA NI JADI TK SEPERAIS DAH *FLIPS HOYA*
AKU NAK BUAT UCAPAN UNTUK KAU NI, SILA TERHARU.

KAU GERAK PERGI PLKN HARI JUMAAT KAN ? ERMM SELAMAT BERANGKAT KE PLKN WAHAI BALQIS HUDA. SELAMAT BERJUANG KAT SANA NNT. KAU LAH REMAJA HARAPAN BANGSA DRPD KETURUNAN TOYOTA WAH HAHAHA. INGAT, KAU GENERASI PERTAMA TOYOTA YG PERGI PLKN, TNJUKKAN CONTOH YG BAGUS KPD KAMI n_n AKU DOAKAN KAU SELAMAT SEPANJANG DEKAT SANA NNT. 

JGN TINGGAL SOLAT TAU. JGN BANGUN LMBT, PERATURAN TOYOTA AKU PASAL BANGUN PAGI TU STILL KENA PAKAI DEKAT PLKN. PERATURAN KAU YG DILARANG BERCKP PD WKTU PAGI BIAR AKU DAN NABIHA JE YG PAKAI. UNIFORM PLKN KAU GOSOK LICIN-LICIN BARULAH NMPK HENSEM. JGN LUPA RINDUKAN KELUARGA TOYOTA. JGN MERENGEK KALAU KENA PANAS, KAU KAN MACHO. JGN SKIP MAKAN. JGN LUPA BWK MINYAK ANGIN CAP KAPAK NNT TAKUT PENING KAT SANA. JGN LUPAKAN HOYA DAN INPINITEU. KALAU KAU JUMPA 'SOMEONE' MUKA MCM INPINITEU KAU SURUH DIA BUAT SCORPION DANCE KAT SITU. JAGA KESIHATAN KAU KAT SANA NANTI.

"Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya." Surah Al-Najm 53:39

HAA ITU JE KOT UCAPAN EKSKLUSIF DRPD AKU. SELAMAT JALAN BALQIS HUDA, AYAHANDA, WAKIL RAKYAT, TAUKE BASIKAL, CIKGU TUISYEN SEMENTARA, SKANDAL HOYA. SEMOGA BERJAYA :)

YANG BAKAL MERINDUIMU HAHA EWAH,
NURAINNA FATIHA BINTI IZZUWAN.
AHLI KELUARGA TOYOTA YG GENIUS DAN COMEL, TAUKE KAIN TOYOTA, TAUKE BISKUT AYAYA, TAUKE ALARM CLOCK, SASAENG FANS AYAHANDA, AYAYA SHIPPER. 

AYEYEYEYEYEYEYEYEYEYEYEYEYEYEYEYEYEYEY :D


haha aku tk thu apa yg aku taip panjang sangat tu -.-/ aku thu kami sweet. lewl. dh bye tk thu sejuk sngt ni. haha bye.

cis asparagus punya ayahanda. dia dpt kt johor je rupanya. kurang ajar kata dpt kt sarawak -.-