05 May, 2017

tak mental, tapi-




Assalamualaikum w.b.t

sebelum mula apa apa aku rasa intro kat post aku ni dah jadi macam wajib. ingtkan nak mulakan story dengan cara lain tapi jadi macam tak sedap lah pulak sbb dah biasa. ha ko nampak sebab tu lah kenkadang apa yang aku dah fikri nak taip jadi lain bila dah start menaip sbb kenkadang random idea come without notice. okay enough intro. haha-

so sebenarnya tadi aku baca novel hahaha. Pakar by Nadia Khan you guys should buy this book la wey seriously. tapi agak mainstream gak ahhh buku dia yang ni. so kalau korang cam nak jinakkan diri dulu dengan cara penulisan dia aku sarankan korang pi baca kelabu dulu sebab buku tu agak light untuk korang hadam.

baca sinopsis kat belakang buku, menarik! sebab simple. ada dua watak pakar dalam novel tu. pakar jodoh dengan pakai psikologi. peh memang pandai gila penulis ni susun cerita dalam buku dia. memula dia bagi story yg agak light dan fun but still aku tak puas hati sbb mcm tergantung. ttiba masuk cerita kedua amekawww dia bagi kaw kaw punya untuk kau hadam.

meraung gak ler aku baca dua tiga kali bergolek atas katil sbb nak hadam bebetul cite kedua ni. pasal psikologi kot. tajuk berat sebab melibatkan mental manusia. sentuh pasal psikologi ni aku cam nak tabik plus kagum gilerr ah dekat manusia manusia yang ada kelulusan setinggi PhD untuk subjek gila babi hardcore dia. ko ingat senang nak study pasal manusia bila diri sendiri ko takleh nak handle. hm paling tabik gila kat doktor psikik or maybe just a counselor. peh tu lagi hardcore punya keje. aku rasa yang hati kering je weh boleh buat job ni.

kalau setakat ko kaunseling kat skolah handle dak skolah maybe challenging dia dengan perangai budak budak yang kau rasa remeh lah kan. tapi dibuatnya klien or pesakit kau ni umur umur kau je atau mungkin lagi tua, cemana? mmg gila ah kalau aku dibuatnya, sebab tu kot aku punya study ni pun ala kadar smpi tak layak nak amik kos ni kat universiti. serius beb kalau aku pandai mmg tulah cita cita aku nak jadi kaunselor atau lagi mainstream psikik.

oh tu jelah nak sembang sbb aku rasa cam nak letop pale otak kalau hadam sensorg buku ni. saje nak luah macam lah ada orang baca. hehe ok adios!



membebel




Assalamualaikum w.b.t

so hai ya nabiha kembali nak membebel lagi harini cam biasa. dan cam biasa gak aku ni lepas dah baca satu buku tu ada lah idea dia nak menulis. benci gila buku buku genre macam ni ayat dorg yang sahaja gila tu buat aku jadi nak tiru cara dorang menulis. cara okay bukan idea dorg. so buku apa yang aku baca biarlah rahsia.

nak dijadikan cite aku ni kalau dah baca something yang 'berilmu' ni jadi rasa mcm nak kongsi. dia jadi macam ada topik ko nak nyembang. tapi aku ni siapajelah yang ada nak dengor aku nyembang bende yang entah, remeh (?) so blog ni jelah tempat aku mengadu.

sebenarnya kan masa aku baca buku 'tu' buku dimana dia terbitkan guna info info dari blog dia juga. means dia ni blogger yang dikenali ramai la. aku jadi macam... hm teringin gak nak rasa jadi blogger dikenali ni lol walaupun amende yang aku nyembang dalam ni macam tak penting. tapi yelah zaman sekarang mana ada lagi dah orang asyik bukak blog orang lain nak amik tahu perkembangan seseorang tu kalau twitter, fb, whatsapp dan macam macam lagi lah socmed yang boleh korang berhubung sendiri. dulu kan aku anggap blog ni tempat kau update hari hari apa yang jadi. kira macam journal harian la. tapi aku pun update bukannya harian sbb hari hari aku macam takde cerita yang boleh dikongsi.

bila aku blog aku en pastu nampak ada request komen masuk en ko tau tak dia macam happy gila ada orang respon post kau dengan komen yang some membina some macam nak kongsi cerita macam-macam lah, tapi serious aku macam happy gila dapat komen dari sesiapa jelah lol, sebab rasa diri ini masih ada lagi yang nak berkawan melalui blog. aku tak harapkan apa pun cuma tulah rasa cam best bila ko sembang sensorg kat blog rupanya ada yang membaca dan respon laik sebenarnya aku ni takdelah syok sendiri. tapi ada je kan yang baca tapi malas nak komen issokay aku still happy ada jugak yang sudi melawat walaupun dia cuma baca perenggan pertama sebab dah bosan.

still ada yang tengah baca ke ayat ni? hahaha terima kasih lah ye engkorang sebab sudi baca aku punya bebelan kalini. adios.